Isnin, 18 Julai 2011

Dipanggil SS

Raja Salbiah
Mohamad Hasan



“Encik Zul! SS nak jumpa!,” satu panggilan telefon aku terima ketika tangan masih berlumuran cat. Masanya kira-kira jam 3.30 petang sewaktu aku khusyuk mengecat pejabat yang baru kubeli.
     “Pukul berapa?,” tanyaku.
     “Pukul 5.00 petang,” Nora, Pembantu Peribadi, Dato’ Abdullah Sani menjawab dalam nada mesra seperti biasa.
     Aku sudah lama kenal Nora iaitu sejak dia berkerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lalu lagi.
     “Mengapa pukul 5.00?,” tanyaku kembali.
     “Dato’ sahaja nak jumpa lepas waktu pejabat,” jawabnya lagi.
Abdullah Sani
     Aku mengemaskan peralatan dan setelah menyejukkan badan, aku segera mandi di pejabat baru itu. Memang segala-galanya ada di sini – tuala, peralatan mandi malah microwave untuk memanaskan masakan.
     Tepat jam 5.00 petang, wajahku terpacul di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Tingkat 5, Wisma Negeri.
     “Kau ni betul-betul menyusahkan akulah Zul,” suatu suara meletus sebaik-baik aku melangkah masuk.
     “Dulu, elok-elok orang rumah aku ada di rumah, kau hangatkan dia untuk belajar. Mampus aku!,” tambah suara itu lagi.
     Seperti selalu, aku menyambut dengan sengeh. “Relakslah Dato’!,” kataku yang agak masih janggal memanggilnya dengan gelaran itu.
     “Boleh merokok ke?,” tanyaku dengan satu soalan bodoh sewaktu kulihat rakanku ini sedang enak menghembus asap.
     Seperti selalunya dia tidak akan menjawab tetapi aku tahu dia mengizinkan – lantas sebatang Benson & Hedges terpasang dibibir. Aku mencemburuinya.
     Sambil separuh senyum, Dato’ Abdullah Sani terus menanyakan soalan pertama.
“Zul! Apa yang kau cakapkan sewaktu ceramah NCWO baru-baru ini?”
“Bercakap mengenai pengurusan mesyuarat berkesan iaitu bagaimana menjadikan 10 itu satu,” kataku dalam nada bercanda. Aku memang selalu berbalas kutukan gurauan sewaktu bertemu.
“Tapi kau tahu tak, hal itu dah jadi havoc? MB panggil aku!,” katanya macam separuh panik, macam biasanya.
“Hai! Hal macam tu pun sampai level MB ke?,” tanyaku dalam nada bodoh lagi.
“Eh! Bukankah hal itu melibatkan isterinya!,” jawabnya jujur.
“Tak tahu pula perkara-perkara persatuan boleh cerita kepada suami,” aku sengaja memancing reaksi.
“Macam inilah Zul. Kau mungkin nampak perkara ini kecil tapi ia boleh memberi banyak makna.
“Kau bukan tak tahu tahap hubungan aku dengan MB!,” katanya jujur.
“Dia orang boleh tuduh aku sengaja pancang kau cakap macam itu. Dia orang tahu aku dan Azimah (isterinya) baik dengan kau,” masih dalam nada jujur lagi.
“Kau minta maaf saja!,” cadangnya.
“Saya dah buat,” jawabku.
“Alaaah! Dia kata kau ego. Campur aduk hal bisnes dengan urusan rasmi,” katanya lagi sambil melepaskan asap berkepul.
“Bisnes apa? Pasal buat video Pekerti tu? Dia yang minta dan dia juga yang bersetuju dengan harga itu. Win, win!,” jawabku.
“Ah! Peninglah kepala aku,” tambahnya pula.
Setelah berbual santai lebih setengah jam, akhirnya Dato’ Abdullah Sani cool kembali.
Cerita selebihnya, biarlah menjadi rahsia kami.
Nota 1: Walaupun ramai pegawai di pejabat SUK `gilakan' Nora yang lawa dan tinggi budi bahasanya tu - akhirnya dia memilih orang kampung Sang Pencerita iaitu Kadek (Nasir Kabut)

Tiada ulasan: