Isnin, 25 Julai 2011

Silap Haribulan


Hari itu hari ketiga kami berada di Sydney. Aku ingat benar tarikhnya, 9 September 2008. Malam tadi baru kami lihat di televisyen bagaimana beraninya penyerang berani mati melanggar Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon di New York.
      Sebagaimana yang dijadualkan, pada hari itu kami akan mengunjungi kawasan perkampungan Kayama.
      Secara berkumpulan kami menuju stesen keretapi. Di sini kami cuba mendapatkan maklumat mengenai tempat yang hendak dituju. Apa yang menghairankan, setelah melihat dalam wajah curiga, Mat Salleh tempatan tidak melayan kami sebagaimana sewajarnya.
      Kami terus bertanya kepada beberapa Mat Salleh yang turut berada di situ. Juga masih tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan.
      Hanya selepas sedar kami dikenakan bayaran yang berbeza sewaktu membeli air mineral, barulah kami dapat mengagak puncanya.
      Mereka tahu kami Muslim, seagama dengan mereka yang meranapkan Pentagon di Amerika seperti yang mereka dakwa.
      ”Walau mengaku maju, mereka diperbodohkan juga oleh prejudis,” fikirku.

Tiada ulasan: