Khamis, 14 Julai 2011

Teruja!

Teruja! Ini pengakuan seorang guru/ pensyarah apabila salah seorang bekas pelajarnya menyapa di Facebook kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Ayang Cimik (AC): En. Zul..remember me?
ZA: Sebaik-baik ingatan manusia, dia tidak akan dapat mengenal siapa sahaja yang tidak pernah didengar namanya dan menggantikan anak sebagai mukanya.
AC: Salam Cikgu..
ZA: Salam kembali.
AC: Saya perkenalkan diri..ROSMAYATI BT BABA, dari Tampin, TESL tahun 92-94.
ZA: Budak yang sama yang saya jumpa di TBS bukan?
AC: Yes, you have a good memory..
ZA: Budak yang dia sendiri tak ingat waktu di TBS dulu (kecil dan kurus sahaja) yang mengata saya "Macam mana nak jadi Cikgu, eja nama sendiripun salah. Nama tu patutnya ZULKIFLI bukan ZOLKPLI pada nametag saya. "Eeeee! Eeeeh! Cikgu tak tahu nama eja sendiri!," kamu mengejek saya.
AC: Masya-Allah....itu pun boleh ingat, pada saya pula apa yang saya ingat ialah..Cikgu Zul yang serius, bersuara garau..tapi kelakar sinis orangnya..
ZA: Ayang di mana sekarang?
AC: Saya sekarang mengajar di Gemencheh, SMK Dato' Mohd Taha. Teaching MUET, form 6.
     Begitulah antara percakapan guru-bekas murid dan pelajar yang gurunya mohon permisi menutup perbualan untuk mengemaskini blog ini.

Tiada ulasan: