Halaman

Sabtu, 16 Julai 2011

Cilok Ilmu Pensyarah

Aku masuk maktab sebab terpaksa. Entah maca mana aku boleh terjebak dalam bidang perguruan ini, aku pun tak boleh nak jawab. Aku masuk ke maktab bulan Disember 94. Akupun tak tahu macam mana aku boleh ikut idea keluarga.
     Aku tak nak jadi cikgu bukan sebab aku tak nak jadi cikgu tapi sebab aku takut nak jadi cikgu. Aku takut untuk tanggungjawab dan title cikgu yang bakal aku dapat dan melekat pada awal nama aku. Aku tau berat sangat gelaran itu.
     Sampai di maktab di Bumi Beradat ni aku ikut sahaja apa orang suruh. Saja nak habiskan dua tahun setengah umur aku. Entah macam mana pada semester satu aku termasuk dalam kelab Teknologi Pendidikan. Mungkin sebab sebelum ini aku pernah belajar pasal kamera dekat UiTM tapi tak habis, jadi aku masuk kelab ini.
     Di kelab ini aku bertemu dengan seorang pensyarah. Zulkifli Abu namanya. Mula-mula tu menggigil juga aku nak jumpa dia. Maklumlah dengan penampilannya - misai yang melenting. Tambah dengan cara cakap yang stylo orang kaya, mana aku tak takut. Aku ini budak kampung.
     Nak jadi cerita kawan-kawan dok dajalkan aku. Aku dilantik pengerusi kelab. Aku layan sahaja.
     Entah macam mana, anggapan pertamaku tentang pensyarah ini meleset sangat. Walaupun stylo, rupanya loyar buruk juga Encik Zul ini. Macam aku juga. Cakap memang berlagak habis. Tapi aku suka sebab dia ada style yang lain dari yang lain.
     Kadang-kadang macam berlakon pun ye jugak. Kadang-kadang sakit hati juga bila dia kutuk aku. Tapi bila balik bilik lepas kena kutuk tu, duduk seorang - aku ambil positif apa yang dia cakap.
     Aku anggap itu cabaran. Aku mesti boleh buat yang terbaik. Kalau boleh nak jadi lebih baik daripada dia. Buat apa aku nak nak ambil hati. He…hehehehe! Yang penting azam aku waktu itu, aku nak curi seberapa banyak ilmu daripada dia. Aku dapat rasakan dia ada banyak ilmu.
     Aku ini bukan nak sangat jadi cikgu. Aku takut kalau aku gagal exam ke...dengan ilmu yang aku kebak daripada dia, boleh aku teruskan hidup. Jahat jugak aku nie!
     Ermm! Tak kisahlah. Memang kerja diapun nak bagi ilmu pada aku dan kawan-kawan. Tapi azam aku nak dapat lebih ilmu daripada dia. Lebih daripada kawan-kawan yang lain. Tamak juga aku ni.
     Akhirnya aku dapat banyak daripada dia. Campur dengan ilmu daripada bekas pengetua aku di Sarawak dulu, Dr. Jeniri Amir. Banyak ilmu penerbitan yang aku dapat daripada kedua-dua manusia ini.
     Antaranya, aku dapat ilmu macam mana nak buat buletin. Aku tau pasal dummy. Kami berjaya terbitkan Warta Melewar yang aku jadi editor. Lepas itu jumpa pula kawan-kawan sama kepala - Azman dan Muzaffar. Meletup aku kat maktab!
     Gasaklah! Ilmu paling mahal adalah ilmu menulis berita. Ilmu itulah yang buat semua orang yang baca Berita Harian kenal aku. Mesti dia orang pernah terbaca di Berita Harian oleh Salleh Abu Hassan. Semua ini berkat tunjuk ajar Encik Zul. Yang pasal ilmu terbit buletin, aku guna ilmu itu di sekolah yang pernah aku kerja - Warta Bentara dan Buletin SSI.
     Bagaimanapun ada satu peristiwa yang buat aku frust. Ia berpunca daripada cadangan kami (Azman dan Muzafar)  untuk terbitkan Warta KAGUM sempena aktiviti kokurikulum itu. Encik Zul suka dengan idea kami. Tapi bila part siapa pensyarah penasihatnya, Cik Putri (pengetua) letak nama Encik Baharom. Encik Baharom Ketua Unit TSP ketika itu sedangkan Encik Zul cuma pensyarah biasa. Kami tak pernah kerja dengan Encik Baharom.  Jadi, kami mahu protes. Kawan aku dah nak cilok dah. Encik Zul tenangkan kita orang. Dia kata Encik Baharom pun bagus. 
     Aku ikut cakap Encik Zul. Dia dah macam bapak aku. Takkan aku nak lawan. Apa dia cakap mesti betul. Tapi memang betul pun. Encik Baharom pun lebih kurang macam Encik Zul. Walaupun ilmu dia tak sebanyak ilmu Encik Zul tapi Encik Baharom ini lebih lembut mengurus kami. Bukan macam Encik Zul. Hehehehe!
     Ramai juga kawan-kawan yang jealous tengok aku rapat dengan Encik Zul ni. Tapi aku peduli apa. Bukan dengan Encik Zul sahaja aku rapat, aku rapat juga dengan Encik Tahir,  Encik Zakaria dan Encik Nasir Hadi. Aku dapat rasa semua pensyarah ini jaga aku (Cik Putri saja yang tak kenal aku). Kalau tidak, sudah lama aku kena tendang dari maktab. (Cerita pasal Cik Putri, lain kali aku cerita - itupun kalau Encik Zul bagi peluanglah dalam blognya ini).
     Cik Putri inilah yang buat aku lagi tambah rapat dengan Encik Zul (perasan kot!). Para pensyarah inilah yang banyak bentuk watak aku. Dia oranglah yang boleh control watak pemberontak aku. Prinsip aku mudah. Dekat  maktab ambil sahaja seberapa banyak ilmu yang boleh.
     Banyak kenangan aku dengan Encik Zul ni. Lain kalilah aku tulis. Cuma yang aku nak beritahu, banyak yang ada dalam hidup aku masa ini adalah atas berkat didikan Encik Zul. Terima kasih tuan. Janganlah marah pula…
     Nasib baik Encik Zul ini tidak ajar ilmu sesat kat aku. Kalau tak, mahu aku ikut sesat juga. Ha! Ha! Hahahaha!
oleh: Salleh Abu Hasan

Catat Ulasan