Ahad, 10 Julai 2011

Tidak Perlu Terima Kasih!

Sewaktu heboh-heboh mengenai pembinaan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri belum reda, kami turut menerima undangan ke majlis berbuka puasa di sana.
     Aku berserta beberapa rakan termasuk Timbalan Pengarah, Abd Jalil Abd Ghani diminta membawa bersama-sama kira-kira lapan orang pelajar pada majlis berbuka puasa yang turut dihadiri beberapa pemimpin agama lain.
     Terasa bangga sekali dapat berbuka puasa bersama Datuk Seri Dr. Mahathir Mohama, malah beliau sempat mengajak kami bersama-sama melihat keindahan Putrajaya selepas solat maghrib dari arah luar surau.
     Merasakan tidak sempurna kalau tidak dapat menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri sendiri kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Seri Perdana, sewaktu bersalaman ketika selesai majlis, terkeluar kata-kata ini.
“Terima kasih Dato’ Seri kerana mengundang kami.”
     “Tak perlu terima kasih kepada saya. Ini kepunyaan rakyat semua,” katanya bersahaja. 

Tiada ulasan: