Ahad, 10 Julai 2011

MB dan Abang

Sewaktu singgah di Kedai Babu, Jalan Tuanku Antah pagi tadi aku bertemu Ramlan jiran setaman perumahanku yang sudah lama tidak bertembung. Sambil menyudu nasi lemak bungkus daun pisang, kami mulakan sesi dengan dengan kisah-kisah biasa sehinggalah terbongkar cerita-cerita berprofil tinggi.
     “Lama tak jumpa? Ingat sudah pindah,” tanyaku sambil menghirup teh tarik halia.
     “Haji tak tahu ke? Sejak dua tiga tahun ini saya disepak macam bola – ditukar sana-sini,” jawabnya sinis.
     “Eh! Tak tahu pula,” kataku terkejut sambil memandang Ramlan yang aku dengar sejak tiga tahun lalu sudah membuka `cawangan baru.’
     “Mula-mula dulu ke Putrajaya. Balik. Kemudian kena tukar ke Kuala Pilah pula. Kini balik ke Seremban semula,” katanya sambil tersengeh.
     “Eeek! Apa puncanya?,” keinginan aku untuk tahu semakin memuncak.
     “Apa lagi! Dekat pejabat aku tu ada balaci Menteri Besar! Dia buat aduan kononnya aku memburukkan keluarganya. Apa lagi SSpun keluarkan arahan bertukar 24 jam”.
     “24 jam? Biasanya kalau macam tu, tentu ada kes besar.”
     “Haji bukan tak tahu tempat kerja saya. Di situ berlonggoknya kontraktor. Bila tak dapat projek, macam-macamlah dia orang buat cerita. Katakanlah ada 300 projek, kontraktor ada 1,000 memanglah tak dapat bahagi kepada semua,” Ramlan membuat congakan mudah.
     “Tapi apa yang aku hairan takkan kes macam ni MB nak campur tangan. Banyak lagi kerja besar perlu dibuat,” aku memasang umpan.
     “Haaa! Haji tentu tahu cerita MB dengan abang dan adik-adiknya. Tapi saya sudah mengalaminya.
     “Setelah dua bulan di Putrajaya, saya jumpa Dato’ Azman abangnya. Mengikut siasatan saya, dialah puncanya.
     “Saya selalu kata kepada kontraktor yang tidak dapat projek, kalau hendakkannya juga jumpa MB atau abangnya. Bukan saya saja yang berkata begitu. Pengarah saya juga sama. Katanya dia tidak dapat membantu. Dia tidak ada kuasa.
     “Apa kata Dato’ Azman sewaktu you jumpanya di pejabat?” tanyaku.
     “Memang samseng! Sambil berdiri dia mengherdik aku. Katanya dia tidak hairan projek kerajaan. Elaunnya sahaja RM45,000 dan adiknya ada pendapatan RM1.7 juta sebulan.
     “Uuuuui! Banyaknya,” kataku terkejut.
     “Ini yang orang ramai tidak tahu,” sambungnya bersemangat.
     “Kemudian saya jumpa MB pula untuk tahu kenapa saya ditukarkan.
     “Haji nak tahu apa katanya?”
     Aku menggeleng.
     “Katanya bukan dia yang arahkan aku bertukar tapi SS. Mengenai aduan terhadap abangnya, MB kata ini tentu kerja orang-orang Dato’ Isa, Dato Sahak dan Pak Ya.”
     “You tak jumpa SSke nak tahu kedudukan perkara.”
     “Memang aku jumpa Dato’ Dolah Sani tapi masalah tak selesai.
     “Jadi apa you buat?”
     “Apa lagi, aku mengadap Tuanku,” katanya dalam ketawa terkekeh-kekeh.
     “Selesai?,” aku ingin tahu.
     “Bila orang ingat dia besar, mungkin dia terlupa ada orang yang lebih besar lagi,” gelaknya semakin mencanak tinggi.
     “Akhirnya aku balik Seremban semula,” jelasnya puas.
     Ramlan terus bercerita kisah selanjutnya.
     “Haji nak tahu! Sebulan dua saja di Seremban kemudian kena tukar ke Kuala Pilah pula.”
     “Apa puncanya?”
     “Cerita hampir sama.”
     “Kan tadi you kata dah kerja di Seremban semula.”
     “Sewaktu kena tukar ke Putrajaya dulu saya jumpa Tuanku. Bila hendak balik Seremban dari Kuala Pilah, saya jumpa PM. Kah! Kah! Kah!,” Ramlan ketawa besar.

Tiada ulasan: