Ahad, 10 Julai 2011

Pak Lah Yang Terlalu Berhati-hati

Selain majlis sidang akhbar, biasanya jarang tokoh yang merasmikan sesuatu majlis datang  berjumpa media untuk bertanya khabar. Selalunya kamilah pergi mencari tokoh untuk menanyakan sesuatu sama ada untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isi ucapannya atau ada isu yang perlu dibuat follow-up.
     Bagaimanapun ini berbeza dengan Pak Lah sewaktu aku bepeluang membuat liputan majlisnya kira-kira 25 tahun lalu. Sedang kami memperkemaskan catatan, dia datang menemui kami.
     “Apa khabar?” tanya beliau ramah. Dengan ramah pula kami menyambut jabat tangannya. Dalam pertemuan itu beliau sempat juga mengingatkan, “catat apa-apa yang saya cakap; jangan catat apa yang saudara tafsirkan,” katanya masih dalam nada seorang bapa.
    Wajah yang samalah yang aku lihat mendahului berita akhbar atau tv hari ini.

Tiada ulasan: