Sabtu, 9 Julai 2011

KPPM dan Buku (4)

“Datang ambil cek,” aku menerima panggilan telefon daripada penyelaras projek, Mazlan Mohamad pagi itu. “Raya pun nak dekat ni,” katanya mengusik.
Hanya beberapa hari selepas itu aku berkesempatan menemui beliau untuk mengambil cek yang dijanjikan. Itupun secara kebetulan aku ada mesyuarat di Kuala Lumpur.
      Tersentak juga aku seketika apabila melihat nilai wang yang tertera. “Hai! Tak kan RM100.00 saja royalti sebuah buku. Kalau satu anekdot tu boleh diterima akal juga. Ini kerana ia dihasilkan sewaktu perjumpaan rasmi. Waktu kerja,” getus hatiku. Bagaimanapun kata-kata itu bergaung di dada saja.
      “Terima kasihlah,” kataku sambil bersalaman.
      “Buku tu tak dicetak banyak. Hanya dicetak untuk pelancaran sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu tu,” katanya tanpa ditanya.
Dalam perjalanan pulang, aku teringat surat perjanjian penerbitan buku yang tidak pernah kelihatan dan wajah penerbit buku yang selalu menunjukkan muka dalam setiap pertemuan.
      Wajah Setiausaha Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) turut datang. Wajah KPPM turut terbayang.
      “Tahukah beliau apa yang sebenar berlaku?,” tanya hati.

Tiada ulasan: