Halaman

Khamis, 14 Julai 2011

TIP 3: BELAJAR MENULIS DENGAN MENULIS

Sumber: John Deering
Pelbagai mitos dicipta sendiri apabila ditanya kepada rakan-rakan, kenapa tidak menghantar cerita ke ceritaapaapasaja. Sebahagian besar mereka adalah guru, adalah pensyarah yang sering berkuliah – “Salah satu kemahiran berbahasa ialah kemahiran menulis di samping kemahiran bertutur, mendengar dan kemahiran membaca.”
     Mudah benar kata-kata itu dilontarkan sedangkan Sang Pengucapnya sendiri tidak mengotakan apa yang dikata. Untunglah… anak-anak di Institut Pendidikan Guru dan di universiti tempatan, tidak seperti rakan mereka di negara maju.
     “What are you talking about? Bullshit!” Mungkin itu antara dialog mereka. Di sini… Mereka berkata hampir serupa tetapi di dalam hati atau sesama mereka. “Nak mampus! Potong markah nanti,” bisik kalbu.
     “Kemahiran menulis ialah kemahiran paling tinggi. Tanpa menguasai ketiga-tiga kemahiran asas, bagaimana hendak menulis – apatah lagi penulisan kreatif,” terngiang-ngiang kata Tok Guru Bahasa, Dr. Awang Sariyan sewaktu di UPM dulu.
     “Menurut Noam Chomsky, bahasa adalah alat pengucapan fikiran dan perasaan. Bagaimana hendak disampaikan fikiran dan perasaan dengan betul sekiranya salah satu alat bahasa itu tidak dikuasai,” sambung Dr. Awang Sariyan lagi dalam kuliahnya yang memang aku sukai.
     Ini adalah antara mitos yang dicipta sendiri apabila saya mengajak mereka menyumbang cerita untuk ceritaapaapasaja.
Mitos 1
Saya masih mencari momentum untuk memerah ilham. Ceritanya banyak tetapi nak mencari detik mula. Sekali sudah bermula, usah diberikan noktah...
Mitos 2
Salam. Cerita ada banyak, tapi belum ada kelapangan untuk menulisnya. Bulan 12 nanti aku pencen mungkin ada banyak masa untuk menulis. Sekarang ni agak sibuk kerana masih mengajar dan ada buat part time dengan OUM dan KOPEDA. Selain daripada itu banyak masa juga digunakan untuk cipta lagu dan buat muzik. Sekian, wassalam.
Mitos 3
Insyaallah, aku akan tulis nanti tapi ambil masa sedikit sebab masa ini ada tugas lain yang perlu dibuat. Nak tulis cerita kena termenung dulu.
     Cukup sekadar tiga mitos yang aku petik daripada Facebookku sendiri. Real story!
     Maka teringatlah antara kata-kataku yang disampaikan sebagai Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan kepada rakan sejabatanku, “Geng! Untuk belajar mengambil gambar ialah dengan mengambil gambar. Untuk belajar menulis ialah dengan menulis – tidak cukup sekadar bercakap teori itu-ini.”
     Ternyata kata-kata begini tidak digemari.
Catat Ulasan