Oh negeriku! Negeri beradatku... Negeri Sembilan Darul Khusus. |
Kadang-kadang aku bertembung secara berdepan atau ada kalanya berselisih di jalanan. Mereka adalah komunitiku – sama ada di Taman Paroi Jaya atau Taman Pinggiran Golf; petempatan elit bekas wakil rakyat atau pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Hujung minggu lalu, aku bertemu Datin yang pernah kukatakan perlu dihantar ke sekolah kembali. Matanya bagai tidak dapat bertembung dengan mataku sewaktu berselisih dalam satu acara sekolah anak-anak.
Baru sebentar tadi pula, aku berselisih lagi dengan wanita yang sering bertudung dengan Mercedesnya. Macam biasa, aku angkat tangan tapi kali ini dia tidak membalas (bersangka baik sahajalah: dia tidak melihat aku berbuat begitu).
Aku kadang-kadang berasa kasihan dengan suaminya; yang juga kenalanku. Maklumlah pernah tinggal se taman tetapi kini membeli sebuah lagi rumah besar di taman perumahan bersebelahan.
Kasihan bukan apa. Suaminya cukup baik dan jelas wajah kekampungannya walaupun kadang-kadang cuba juga menampakkan dia juga `orang besar.’
Aku bercerita pasal wanita ini sebagai mukadimah, memang bersebab. Sewaktu mula tinggal di sini kira-kira 12 tahun lalu, tak pasal-pasal isteri aku dikaitkan dengan perkara yang dia sendiri tidak tahu.
“Eeh! Pelik perempuan ini,” hati pernah berkata.
Rasa pelik itu terus tersangkut di hati apabila melihat beberapa peristiwa yang membabitkannya.
`Tumpang Atas Tumpang.’ Itu istilah paling tepat untuk diberikan kepada isteri orang kenamaan khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di Malaysia (sah Zulkifli Abu penyokong setia Keadilan, PAS, DAP dan …)

“Suami kau sendiri menumpang ehsan pengundi untuk duduk di situ. Kau pula menumpang suami kau, yang bila-bila masa boleh dihantar keluar padang,” kata hati lagi (confirm: jangan dekati dia. Mungkin di rumah dia memakai baju kuning).
Supaya dosa tidak bertambah, satu sahaja yang aku pinta daripada wanita ini dan yang sewaktu dengannya; pandai-pandailah berasa malu. Janganlah ingat bila menumpang kasih (kasih itu pun mungkin boleh terbang) suami yang kononnya adalah `orang besar’ – kita boleh buat apa-apa sahaja.
“Sedangkan suami kaupun menumpang kasih orang. Siapa pula yang memberi lesen kepada kau untuk berbuat apa-apa sahaja?”
nota khas 1: cerita ini tidak ada kena-mengena dengan isteri YB Dato' Radzi Kail (bekas jiranku yang masih macam dulu walaupun suaminya Exco kini), isteri YB Dato' Hashim (ADUN Labu; yang tinggi budi bahasa dan masih tebal semangat kekampungannya).
nota khas 2: jiran berdepan rumahku ialah Exco Pertanian Negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan