Ahad, 10 Julai 2011

Biar Sama-sama Tak Minum Geng!

Sebaik selesai majlis pengumuman barisan exco, Mohamad Hasan mengajak kami yang membuat liputan majlis itu minum petang bersama-samanya di luar Bilik Gerakan. “Kita minum dulu geng!,” ajaknya ramah.
     Kami terus mengikutnya dari belakang ke luar dewan. Ternyata cuma empat meja yang ada, sedangkan sebahagian kerusi telah diduduki oleh barisan exco yang baharu dilantik.
     Mungkin sempat mengira kerusi kosong yang ada, tokoh terus berkata, “ Maaf, geng! Terlanjur saudara-saudara tak minum, mari sama-sama kita tak minum,” katanya sambil terus menuju lif yang tidak jauh dari situ untuk balik ke pejabatnya di Tingkat 5.
     Dalam lif yang cuma kami bertiga yang ada, aku terdengar tokoh berkata sesuatu kepada Abdullah Sani, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: