Sabtu, 9 Julai 2011

Road Tour di Masjid Pula!

Sepanduk yang terletak berhampiran pintu utama ke masjid
ceritaapaapasaja kini masuk ke masjid pula. Masjidnya, Masjid Kariah Paroi Jaya. Bersama-sama blogger lain, Shariff Ahmad komentarhariini.blogspot.com dan Mahaya Mohd. Yassin suarahati.blogspot.com, blog kami yang menjadi blog pilihan awal rafikmasjid.blogspot.com telah dilancarkan Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Johani Hasan.
     Blog komuniti masjid, berhasrat untuk menghimpunkan kepelbagian kepakaran ahli kariah untuk faedah bersama. Bagi saya, kesempatan ini akan menambah koleksi cerita khususnya yang berbentuk Islami (istilah Ainon Mohd, Kumpulan PTS).

Tiada ulasan: