Jumaat, 22 Julai 2011

Catatan Untuk dan Daripada Aku

AKU tidak berhasrat apa-apa sewaktu memuatkan kembali catatan yang diberikan oleh 1,001 manusia yang pernah hadir dalam hidup melalui Facebook yang cuma baru dimulakan pada 30 Mei lalu.
     Sepertimana yang pernah diketahui oleh mereka, aku jarang melatah walaupun pernah diuji dengan 1,001 peristiwa (ceritanya dalam siri ceritaapaapasaja).
     Walaupun kerjaya hakikinya cikgu, Alhamdulillah aku diberi peluang oleh Allah menikmati kehidupan sebagai penoreh getah, pemukul kayu getah, penulis, wartawan, jurufoto, jurukamera, editor & penerbit dokumentari, businessman dan macam-macam lagi.
     Apa yang tidak diujinya – cuma memiliki syiling 20 sen selepas hari pertama perkahwinan, `ditipu’ dalam perniagaan, dilawati pegawai BPR, ditahan di lapangan terbang, berulang-alik ke Jabatan Insolvensi dan pelbagai lagi.
     Allah! Terlalu banyak yang kauberikan. Memang aku tak terbalaskan! (maaf Pak Samad, saya ubahsuai dialog Helmi dalam Hujan Pagi).
     Ini antara catatan yang dimaksudkan (petikan penuh tanpa pembetulan walaupun ejaan) sewaktu berinteraksi.
AbdulHalim عبدالحليم Bin AbdulHamid Nice blog Ayahanda, perkongsian hidup yg pelbagai.. ;-)
Salam..
Tabib Al-Ustadz
AB HALIM A H
June 16 at 6:44pm
Aslina Kamilaaskm,cikgu , saya tak tahu dimana nak dimulakna, tetapi mungkin sikap penyanyang cikgu dulu banyak yang saya kenangkan, macamana mula mula cikgu melapor diri (maaf yea) dengan misai yang tebal, di hari perkhawinan cikgu, mula mendapat cahaya mata pertama, muala sekali saya buka fb cikgu, yang pertama saya ingin melihat wajah isteri..... apakah masih yg dulu... wajah mirip peranakan coina(maaf yea). Juga dihari pertama selepas cikgu memotong misai, pagi pagi cikgu terus ke kelas 6 putih berjumpa dengan cikgu zaharah, dengan kata kata(askm, saya cikgu baru di sini dan ingin tumpang bertanya.....)semuanya masih di dalam ingatan saya. gembira saya hingga ke hari ini kita bertemu kembali......
nanti saya ingin bercerita pengalam saya , betapa susahnya menjadi seorang ibu yg bertanggungjawap, yg perihatin terhadap anak anak. Apakah termampu saya dan suami melaksanakan seperti mana ayanh, ibu melaksanakan dulu.
July 4 at 12:16am

Zulkifli Abu Aslina! Walaupun hendak cepat, pastikan aspek bahasa diberi perhatian. Sebagai guru, saya inginkan mereka yang berinteraksi dengan saya menggunakan ejaan dan ayat yang gramatis. Ini tidak menyusahkan, sebenarnya. Kalau saya silap pun, saya sedia ditegur. Mari kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa (tetapi silap). Terima kasih Aslina. Adalah diharapkan teguran ini tidak melukakan! Jumpa lagi!
  July 4 at 7:43am
Ayang Cimik (AC): En. Zul..remember me?
ZA: Sebaik-baik ingatan manusia, dia tidak akan dapat mengenal siapa sahaja yang tidak pernah didengar namanya dan menggantikan anak sebagai mukanya.
AC: Salam Cikgu..
ZA: Salam kembali.
AC: Saya perkenalkan diri..ROSMAYATI BT BABA, dari Tampin, TESL tahun 92-94.
ZA: Budak yang sama yang saya jumpa di TBS bukan?
AC: Yes, you have a good memory..
ZA: Budak yang dia sendiri tak ingat waktu di TBS dulu (kecil dan kurus sahaja) yang mengata saya "Macam mana nak jadi Cikgu, eja nama sendiripun salah. Nama tu patutnya ZULKIFLI bukan ZOLKPLI pada nametag saya. "Eeeee! Eeeeh! Cikgu tak tahu nama eja sendiri!," kamu mengejek saya.
AC: Masya-Allah....itu pun boleh ingat, pada saya pula apa yang saya ingat ialah..Cikgu Zul yang serius, bersuara garau..tapi kelakar sinis orangnya..
ZA: Ayang di mana sekarang?
AC: Saya sekarang mengajar di Gemencheh, SMK Dato' Mohd Taha. Teaching MUET, form 6.
July 14 at 10:14pm 
Ayang Cimik Ayahanda zul....dulunya seorang yg berwajah garang,serius....disebalik itu...kelakar 
dan merdu suaranya apabila menyanyi...
Tuesday at 9:33am
 
Norhatifah Zahar seronok lah cikgu ada anak bila dah meningkat umur.... selalunya baka tua ni anak bijak cikgu....heeee...gurau cikgu jgn marah....anak bongsu saya pun dah 12tahun...
Monaliza Shamsuddin cikgu...izam tu badge saya...dia ada dimana skrg ni...hartina & hartini ni adik kembar dia kan....
July 5 at 2:18pm 
Hafizahasni Ismail assalamualaikum cikgu & kwn2 TBSS. sy rasa sgt2 tharu dgn blok yg C (cikgu) usulkn, tp sayg sy tk tahu nk mulakn dr mn, bkn tk ada memori tp dhaif dlm mmulakn kata2. sy yg bsek dr darjah 1-6(1980) d TBS. C mrupakn guru kelas sy masa drjh 6 merah. sy bkn lh pelajar glamour, jd mungkin C krg jelas siapa sy.
June 22 at 8:59pm
Zulkifli Abu Terima kasih Hafiza! Dulu cikgu dah ajar buat karangan dan terus buat karangan di sekolah menengah; dinamakan esei, kertas kerja, tesis di universiti; tentu Hafiza mampu melakukannya. Ikuti panduannya di blog saya. Mengenai yang mana satu Hafiza, Norhaslina dan sebagainya; lihat blog saya.
June 24 at 4:03am 

Alivia Erza the best...2 thumbs up...
July 6 at 8:12am 
Zulkifli Abu Assalamualaikum w.b.t. Syed! Ingat saya? Guru kamu di Jengka 4. Dengar khabarnya Cikgu Ghani sudah meninggal dunia. Benarkah? Harap maklumkan kepada saya dalam kadar segera. Terima kasih!
Syed Jamaluddin Syed Yang
walaalaikumussalam. cikgu Zul adalah diantara cikgu yg sentiasa berada dlm ingatan saya dan bagaikan bermimpi bila dpt berhubung kembali dgn cikgu.sejak cikgu bertukar dari J4,apa yg saya tahu cikgu berada di Bt 8 jln Labu N9.entah kat mana tmpt tu memang tak tahu sebab masa tu saya masih dlm tkt satu.satu kenangan yg tak dpt saya lupakan di dlm perpustakaan bersama cikgu apabila saya menyebut nama jln Gurney sebagai jln Gundi. cikgu punya ketawa sampai skrg x dpt saya lupakan.Mengenai cikgu Ghani tu memang saya pernah berjumpa dgnnya sewaktu bertugas di Ipoh.memang best gila bila anak murid menyapa cikgu yg langsung tak berapa cam muka kita. Sewaktu hayatnya saya pernah berkungjung ke rumah arwah cikgu Ghani di Kg.Temiang,Pasir Puteh,Ipoh. Laluan saya ke tmpt kerja setiap hari.waktu tu sekitar tahun 1994.Saya masih lagi berhubung dgn beberapa org bekas guru J4 .diantaranya cikgu Bakri Abd Rahman(Kedah),Saharudin (Cemor Perak),Mohd Latif Muda Kuala Telemong,Terengganu.( dah dua kali sampai ke rumahnya). Insyaallah jika diizinkan Allah saya akan menjejaki ke lokasi kediaman cikgu Zul. banyak nk cerita ni.takut terlebih pulak.ingat tak cikgu pernah bandingkan isi karangan saya dengan karangan Rashidah Osman(dah jadi guru di J4).antara komen cikgu Rashidah mempunyai tulisan yg cantik dan kemas. tetapi Syed mempunyai ciri ciri seorang penulis walaupun tulisannya mcm cakar ayam.waktu tu dlm hati Bangga Gila bila kena puji. karangan saya bertajuk HOBI SAYA.antara isi nya ialah: Hobi saya adalah mengembara.saya dpt merantau ke pelusuk tempat dan menikmati keindahan tmpt yg belum pernah saya sampai.Nun di sana berkicauan bunyi burung burung yg sungguh merdu.terdapat kehijauan sawah padi saujana mata memandang............begit​u lebih kurangnya.begitulah kata org hati seorg budak dan ingatannya sngt kuat.dgn pemberian sebtg pensil dia akan kenang sampai dewasa.TERIMAKASIH CIKGU.nanti akan saya sampaikan perkhabaran rakan rakan dari J4.
July 11 at 3:08am
 Ramli Abdul Karim Tk cikgu, anda inspirasi saya dari dulu sampai sekarang. Tanpa cikgu, saya tiada di tempat sekarang.
July 16 at 10:01am
Monaliza Shamsuddin saya tau cikgu yg mana, yg rambut panjang pakai topi tu......

Samsiah Mat Don sy ingat lg ckgu terpaksa tinggal dlm stor depan tangga skj4 kn....sian ckgu...
July 6 at 8:04am   
Harisah Hj Hasan cikgu..ni mesti kenangan yg sukar dilupakan...klau x silap yg lain2 dlm pic tu cikgu hasbullah, cikgu ghani, cikgu kamaruddin n cikgu bakri...yg lain tu peneroka j4...
July 6 at 1:27pm
Monaliza Shamsuddin cikgu...gambar ni dari mana nak ke mana? Siap penuh barang 1 lori...
July 6 at 1:35pm


Zulkifli Abu Dari rumah sewa (kuarters staf Felda) ke tandas SK LKTP Jengka 4.
July 6 at 1:37pm
Hasbullah Yahaya bukan cam Tom Cruise lah zul , dah jd cam harith iskandar...halusss. gmbira skli dpt brhubung kmbli dgn anak murid kita ya zul,
July 11 at 11:19pm
Mak Tik! Aku dah temui Bakri. Ingat perbincangan kita di Ganu dulu - kita kesan jejak Baijuri Mus pula. Ayuuuuh!
Top of Form
Assalamualaikum w.b.t. Sahabat! Sudah terlalu lama kita tidak bertemu dan terasa rindu ketika mengingat kisah-kisah kita di Jengka 4. Bak... Aku turut secara sengaja memasukkan hang dalam kategori Murid/ Pelajar bagi membolehkan hang turut serta dalam interaksi dengan bekas murid-murid kita. Aku lihat misai hang pun dah putih - macam aku juga. Tapi wajah hang masih handsome macam dulu - kini macam Allahyarham Ed Osmera pula. Sampaikan salam aku kepada Maimon dan anak-anak. Oh ya! Terlupa pula aku, pernah tak jumpa Baijuri Mus. Aku dan Latif Muda sedang mengesan jejaknya. See you! Nice to meet you here!
 July 8 at 4:52am
Waalaikumussalam.30 tahun lebih tidak pernah bertemu.Rasa terharu sangat dapat berhubungan semula.Terima kasih atas kesudian Zul .Muga siratulrahim antara kita dapat diikat kembali.Maaf dariku karana terlambat membalas kerana kesibukan diakhir_akhir tugasku sebagai pendidik yang akan berakhir 13 Ogos nanti. ...........Hang masih macho lagi no....topi tak pakai dah kut?  
Zulkifli Abu Alhamdulillah! Segala-galanya kehendak-Nya. Aku pernah menyatakan kepada Hasbullah sewaktu beborak, kenapa Bakri tak sudi terima ajakanku di FB ini. Mengenai topi dan kamera - itu `brand' aku - dulu, kini dan selama-lamanya. Koleksi topi semakin besar - tak cukup topi koboi pelbagai negara, ada pula tarbus, topi Taliban, Uzbekistan, Turkistan dan pelbagai Tan lagi. 
Tuesday at 9:46pm
Zulkifli AbuDi mana Fuad Rahman (TV3) kini? 
Bakri A Rahman Zul,Fuad sekarang GM diTV3/ Berita>Hang tau anak,menantu dan cucu aku gelak sakan tengok gambar masa muda kita.Aku memang tak dak simpan gambar_gambar lama kita .
Wednesday at 3:54pm
Bakri A Rahman Anak ke 5 aku sekarang wartawan diKarangkraf/Fokus SPM.Nanti boleh aku suruh hubungi Zul untuk tunjukajar apa yang patut.(Syafiq Bakri)
Wednesday at 4:24pm

Syafiq Bakri
11 hours ago
Syafiq Bakri
  • Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana menerima saya sebagai rakan. Dikhabarkan En Zulkifli adalah rakan karib bapa saya ketika sama-sama bergelumang dengan pahit maung kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman dengan En Zulkifli kerana pada 15 Ogos 2011 ini, genaplah setahun saya sebagai wartawan majalah Fokus SPM di Kump. Media Karangkraf Sdn. Bhd. Sekiranya En. Zulkifli tidak keberatan, boleh lah saya ditunjuk ajar berkenaan bidang kewartawanan ini khasnya dan industri sastera umumnya. Jika En. Zulkifli tidak keberatan saya mahu meminta jasa baik En. Zulkifli untuk memberikan komen secara ikhlas mengenai gaya penulisan saya. Semoga urusan En Zulkifli dipermudahkan dengan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya kerana saya berasakan dunia penulisan yang mencabar ini bakal menjadi dunia saya. Insyallah. terima kasih..




Tiada ulasan: