Isnin, 25 Julai 2011

Lima Ucapan Tahniah Serentak Daripada Shell


Congratulation.! SimCard Anda Berjaya
menangi PROMOSI RM20.000.00
Dr SHELL M.BHD
No siri:474777
Sila Call Office:
0178626167
MOH.ASLAN

Sebaik-baik lima SMS masuk hampir serentak, aku sudah menduga siapa penghantarnya. Kali ini aku ingin menguji kepintarannya lalu aku terus membuat panggilan melalui nombor yang tertera. Pemilik nombor itu bernama Moh.Aslan.
     “Hello!”
     “Ya! Shell di sini.”
     “Boleh saya bercakap dengan Mohd. Aslan?”
     “Saya yang bercakap ini.”
     “Saya ingin tahu pasal menang 20,000?”
     “Ya! Tuan menang 20,000. Tahniah! Nombor sim tuan naik (kedengaran suara seperti orang Jawa)
     “Jadi macam mana saya boleh dapat duit itu.”
     “Bapak ada kad ATM?” (bagaimana pula kakitangan Shell memanggil aku bapak?)
     “Ya, saya ada.”
     “Sekarang bapak pergi dekat mesin ATM paling dekat. Sampai nanti, panggil saya kembali.” (suara Jawa girang kedengaran).
     “O.K!”
     “Jangan lambat. Nanti hadiah terlepas!,” dia mengingatkan.
     Setelah masa berlalu kira-kira 15 minit aku memanggil Aslan kembali.
     “Hello Encik Aslan!”
     “Siapa di sana?”
     “Zul… tadi yang buat panggilan pasal menang 20,000 tu.”
     “Oh ya! Di mana sekarang? Depan ATM?”
     “Ya.”
     “Sebelum masuk kad, ikut arahan saya ya!” (suara Jawa semakin jelas)
     “Ya.”
     “Bacakan nombor kad. Tengok belakangnya.”
     (Aku sengaja memberi nombor yang salah)
     “Ada 16 nombor semuanya.”
     “Ya!”
     “Masih tak cukup 16,” suara bernada samseng pula kedengaran.
     Aku terlupa nombor yang aku sebutkan tadi lalu menyebut beberapa angka sesuka hati.
     “Nombor itu salah, sebut satu kali lagi.”
     Aku sengaja menyebut nombor yang lain pula.
     “Hei! Siapa di sana tu?”, suaranya mula meninggi.
     “Aku! Akulah!”
     “Siapa?,” dia semakin berang.
     “Kita pernah bercakap. Dulu kau jadi pegawai Power Root. Mana ada orang cakap Jawa pekat kerja dengan Shell?”
     “Kepala bu…hhhhhh!,” dia menjerit lalu mematikan talian.

Mari kita jadi penyiasat dengan menjawab soalan-soalan di bawah.
1.      Senaraikan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam SMS di atas?
2.      Apakah maksud Dr – Doktor SHELL M.BHD atau Dari SHELL…?
3.      Adakah MOH.ASLAN bijak? Pilih SATU.
a.     Dia BIJAK kerana dia tidak menjanjikan RM20.000.00 (tengok cara dia meletak tanda titik)
b.     Dia BIJAK kerana yang dijanjikan `berjaya menangi PROMOSI’ (mungkin dia sarjana hukum di Indonesia)
c.     Dia BODOH kerana Shell Malaysia tidak menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor rasmi. TAPI lebih BODOH ramai rakyat Malaysia yang percaya dengan panggilan sebegini.

1 ulasan:

MAZEMIE MAZ berkata...

saya sudah banyak kali terima sms serupa itu, yg terbanyak adalah dari power rooot dan shell yang 'wakil'nya pandai bercakap jawa... hehe...