Isnin, 4 Julai 2011

Oh! Norlaila.

Aku, isteri dan Norlaila di Hospital Melaka. Foto oleh: Siti Adibah
Masih ingat Norlaila Pilus, bekas muridku sewaktu mengajar di SRK Tunku Besar Tampin dulu? Norlaila yang kutulis ceritanya `Jay Jay Punya Pasal'. Ikuti kisah terbarunya. 
   Jam 12.16 malam, 2 Julai 2011 terima SMS daripada Norlaila Pilus (murid darjah 6 Kuning SRK Tunku Besar Tampin, 1981) berbunyi "My dad critical in Hospital Melaka. Stroke, kidney n heart". Hubungi Norlaila yang sering dipanggil Nor sahaja untuk mengetahui lebih lanjut keadaan ayahnya. 
   Nor menyambut suaraku seperti selalunya - ceria. Aku berjanji akan menziarahi ayahnya selepas menghantar anak keduaku, Siti Atiqah di MRSM Gemencheh keesokan petangnya. Suara Nor kedengaran lebih ceria. 
   Bersama-sama isteri dan anak bongsu, Siti Adibah menuju Melaka mengikut jalan Hutan Perca - Alor Gajah - Durian Tunggal. Dalam perjalanan sempat menerima panggilan Nor, "waktu lawatan tamat jam 7.00 malam." Seperti yang diduga, kami tiba kira-kira jam 7.10 malam.
    Kami tidak dapat terus masuk ke wad. Ada saudara-mara Nor masih di sana (hanya dua pelawat dibenar masuk pada sesuatu masa). Aku solat maghrib di Masjid Al-Azim yang terletak bersebelahan. Dengan bantuan seorang saudaranya, aku dibenarkan masuk. Pilus kulihat agak berbeza seperti dulu. 
   Jam 7.46 pagi, 4 julai 2011 (Isnin) aku menerima panggilan Nor. "Cikgu! Ayah sudah tiada." dan terdengar tangisan di hujung talian. Aku bungkam dan tidak dapat mengawal perasaan. 
   "Bersabar Nor. Allah lebih menyayanginya." Itu antara kata yang dapat diungkapkan kerana sebak menerpa dada. 
nota: Saya tidak dapat bersama-sama menziarahi jenazah Allahyarham kerana menguruskan persekolahan Siti Adibah. Bagi rakan-rakan sekolahnya  yang berkelapangan, ziarahilah Norlaila di alamat No. 10, Jalan Saujana 3/1, Seksyen 3, Taman Saujana, Bukit Katil, Melaka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Pilus. Amin! 

Tiada ulasan: